AL-ADHA

AL-ADHA

Friday, 9 January 2015

MISI KHAIRAT AL-ADHA "BACK TO SCHOOL"



Persatuan Alumni SMKA Dato' Haji Abbas (SMKATJ) Tok Jiring, Kuala Terengganu telah mengadakan Majlis Khairat Al-Adha "Back To School" pada 10 Januari 2015 bertempat di SK Kampung Nyior, Dungun, Terengganu.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Bin Jusoh. Sempena majlis ini Al-AdhA telah menyumbang 150 unit peralatan persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis dan lain-lain.






SANTAI BICARA AL-ADHA BERSAMA YB DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH




Pengerusi dan Jawatankuasa Persatuan Alumni SMKA Dato' Haji Abbas (SMKATJ) Tok Jiring KualaTerengganu (AL-ADHA) telah mengadakan Santai Bicara Bersama YB. Dato' Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II pada 10 Januari 2014 bertempat di Gong Badak.

Pengerusi alumni memaklumkan pemsyhuran sekolah SMKA Dato' Haji Abbas, usaha penjenama baru kpd YB Menteri Pendidikan II dan hajat alumni utk kuota kemasukan murid ting 1 ke SMKADHA utk anak2 ahli alumni

Thursday, 8 January 2015

MISI KHAIRAT BANJIR AL-ADHA KE KG. NYIOR, DUNGUN




MISI KHAIRAT BANJIR KE KG. SOKOR DAN KG. PASIR KELANG, KELANTAN

Persatuan Alumni SMKA Dato' Haji Abbas (SMKATJ) Tok Jiring Kuala Terengganu (AL-ADHA) telah mengadakan Misi Khairat Mangsa Banjir ke Kg. Sokor, Tanah Merah dan Kg. Pasir Kelang, Kuala Kerai Kelantan pada 7 Januari 2015 yang lalu. Misi yang bertemakan "Back To School" ini dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Pengajian Kontenporari Islam UniSZA. Sebanyak 200 unit peralatan persekolahan diagihkan kepada anak-anak yang terlibat dengan banjir di kedua-dua kampung tersebut. Disamping itu sukarewan banjir Al-Adha dan FKI UniSZA juga mengagihkan keperluan asas seperti barangan makanan, pakaian dan peralatan kebersihan untuk keluarga yang terlibat.




























MISI KHAIRAT BANJIR KE MANIK URAI


Persatuan Alumni SMKA Dato' Haji Abbas (SMKATJ) Tok Jiring KualaTerengganu 
(AL-ADHA) telah mengadakan Misi Khairat Mangsa Banjir ke Kg. Manik Urai, Kuala Kerai Kelantan pada 3 Januari 2015 yang lalu.

Misi ini dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Pengajian Kontenporari Islam UniSZA




.